HARI INI Mat Kecoh nak kecoh pasal CTOS, persoalan yang Mat Kecoh nak kecohkan ialah kenapa perlu adanya CTOS, kewujudan CTOS sememangnya menyusahkan orang ramai. Sedangkan kita sudah ada CCRIS sebagai rujukan kredit sah yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.
Kewujudan CTOS sebagai rujukan kredit sebenarnya telah benar-benar menyusahkan orang ramai, baru-baru ini Mat Kecoh ada menerima rungutan mengenai salah seorang mangsa yang disenarai CTOS, paling mengejutkan sudah lama pinjaman yang tersenarai sebagai trade referee dalam CTOS sebenarnya sudah lama dijelaskan. Akibat penyenaraian di dalam CTOS tersebut, mangsa gagal untuk memohon pinjaman daripada mana institusi kewangan. Ini bermakna, CTOS yang begitu lembab dalam bertindak mengemaskini datanya menyebabkan si mangsa menjadi mangsa kepada CTOS.
0 Comments
BENGANG betul Mat Kecoh dengan tuan-tuan punya anjing ni, nak pelihara anjing tapi dibiarkan hidup terbiar, dilepas bebas sehingga menimbulkan kekacauan dan juga menganggu-gugat keselamatan orang ramai. Mat Kecoh tak marah kalau mereka nak bela anjing sekalipun tetapi biarlah mengikut caranya janganlah membiarkan anjing-anjing anda hidup bebas sehingga menganggu ketenteraman orang lain.
Apabila bercakap mengenai anjing teringat pada satu insiden yang berlaku semalam. Anjing punya pasal seorang warga emas terbabit dengan kemalangan, Mat Kecoh lihat mangsa kemalangan tersebut sekejap sedar, sekejap pengsan tak tahulah parah atau tidak kecederaan yang mangsa alami. Menurut saksi kejadian yang memberitahu Mat kecoh, semasa mangsa tengah menunggang motor dengan tiba-tiba seekor anjing melintas dan menyebabkan mangsa terpaksa brek mengejut sehingga menyebabkan beliau terpelanting ke jalan raya dan tidak sedarkan diri. HENDAK dijadikan cerita, pagi kelmarin Mat Kecoh pergi ke Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan untuk jalan-jalan, setibanya Mat Kecoh di sana kelihatan ramai orang berkumpul di Kolej Islam Antarabangsa Ismail Petra atau ringkasnya KIAS.
Kehadirang orang yang di KIAS membuatkan hati Mat Kecoh tergerak untuk bertanya apakah program yang diadakan di situ sehingga mengamit ramai pengunjung. Kebetulan pula, Mat Kecoh terserempak dengan salah seorang peserta program itu. Tanpa segan silu, Mat Kecoh pun bertanya dengan salah seorang peserta itu, kebetulan pula namanya pun Mat juga tetapi tak tahulah Mat apa. Mat memberitahu Mat Kecoh program tersebut adalah Peperiksaan Kemasukkan Ke Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred WK-1. Oh patutlah ramai rupa-rupanya peperiksaan kendalian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengambil pekerja-pekerja baru untuk KASTAM. Assalamualakum w.b.t
TERLEBIH dahulu Mat Kecoh nak ucap terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan dan merealisasikan penerbitan blog Mat Kecoh ini. Mat Kecoh akan cuba memberikan yang terbaik untuk anda semua dan teruskanlah bersama Mat Kecoh. Bagi mereka-mereka yang tak tahu fungsi blog Mat Kecoh ini boleh dikatakan pelbagai fungsi atau dalam Bahasa Inggerisnya berbunyi Multipurpose Blog. Apabila dimelayukan ia menjadi Blog Pelbagai guna. Mat Kecoh akan membincangkan pelbagai perkara di dalam blog ini, daripada isu semasa, teknologi, dalam negara, luar negara dan bermacam-macam lagilah yang sudah tak larat Mat Kecoh nak coretkan di sini. Bagi mereka yang baru dengan Mat Kecoh terima kasih Mat Kecoh ucapkan semoga anda semua bahagia. MAT KECOH: Marilah kita kecohkan blog ini biar sekecoh Mat Kecoh. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|